Butik Ariyani

Blog Tempahan Bunga Dip, Jualan Tudung, Blouse, Jubah, Busana Muslimah, Brooch, Hantaran Perkahwinan, Kuih Raya, Door Gift, Wedding Favor, Telekung, Kain Pasang.

Sunday, May 30, 2010

Assalamualaikum

Selamat Datang Ke Blog Butik Ariyani kepada semua pengunjung terutamanya dari blog BungaDip.wordpress, terima kasih tidak terhingga di atas sokongan anda semua selama ini. Untuk semua pengunjung laman web BungaDip.wordpress saya tampilkan blog ini yang fungsi utamanya adalah untuk pengiklanan dan tempahan bunga dip hasil karya saya sendiri.

Untuk memeriahkan blog ini turut akan dipersembahkan barang dagangan rakan-rakan perniagaan saya seperti brooch, pakaian, handbag dan lain-lain lagi. Jadi sambil-sambil melihat-lihat hasil kerja saya bolehlah mencuci mata dengan lain-lain item yang akan dipamerkan disini.

Kepada para pengunjung yang berminat untuk mengiklankan barangan anda di sini silalah berhubung dengan saya dengan meninggalkan mesej di ruangan komen. Saya akan menghubungi anda kembali insyaAllah dengan secepat mungkin. Selain itu sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan atau apa-apa permintaan berkenaan blog atau bunga dip jangan malu-malu untuk bertanya. Saya akan cuba membantu anda semua sekiranya mampu.

Akhir kata untuk kali ini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua. Harap sudi datang kembali ke sini dan InsyaAllah dalam jangkamasa seminggu saya akan update blog ini dengan yang pertamanya hasil kerja bunga dip saya.

Total Pageviews

Followers